Kena beranikan diri Cubalah beranikan diri. Paling teruk, kena ‘ reject ‘. Jadi, apa masalahnya. Bukannya mati pun. Paling baik, dapat berbual-bual dengan orang yang kita suka. Itu kalau anda berani mencuba. Kalau tak berani mencuba, tolong berhenti dan jangan baca tips seterusnya. Bayangkan kalau kita berani minta naik gaji dengan boss. Mungkin gaji kita sekarang sudah berlipat kali ganda. Kena bulatkan tekad Kalau nak, nak. Jangan pusing buat ‘u-turn’ semula. Teruskan sahaja, jangan fikir dua kali. Anda kena ‘ firm ‘ dengan apa yang anda mahu buat. Biarlah apa yang bakal berlaku, anda mesti tetap dengan keputusan yang mahu diambil. Tak mahu separuh jalan. Ini baru sifat orang yang yakin diri. Orang yang tak yakin dengan diri sendiri, dia sentiasa ragu-ragu. Yang penting, doa jangan lupa. Lawan perasaan dalam hati Otak kata jangan, tapi hati masih mahu. Bila rasa berbahagi, sukar untuk kita rasa yakin pada diri sendiri. Sedangkan kita sebenarnya cukup serba serbi
Pasti ramai yang sentiasa berasa berdebar dan kerdil apabila bercakap di hadapan orang ramai seperti jantung hendak gugur. Selalunya bila buat ‘ presentation ‘ di depan ramai orang yang memandang. Lebih-lebih lagi, jika perlu berucap dalam Bahasa Inggeris. Jadi, bagaimana cara meningkatkan keyakinan diri supaya boleh rasa tenang di atas pentas? Malu meluahkan rasa suka Ada satu lagi, di mana ada lelaki atau perempuan yang takut untuk menegur seseorang yang dia suka. Bimbang kena ‘ reject ‘. Frasa ‘ friendzone ‘ itu sangat dekat di hati dia. Dan jangan lupa, bila kita rasa ‘ down ‘, kira akan rasa susah untuk bangkit kembali. Rasa ‘down’ itu biasa Kalau tak rasa ‘ down ‘, tak mencabar rasa hidup. Dan kena ‘ reject ‘ bukan hanya pada persahabatan. Ia berlaku di mana-mana. Ada di rumah, ada di tempat kita belajar dan ada juga di tempat kerja. Dan ia bukan hanya penolakan cinta atau rasa mahu dekat dengan berlainan jantina sahaja. Di tempat kerja juga, ada kes kena ‘ reject ‘