Pasti ramai yang sentiasa berasa berdebar dan kerdil apabila bercakap di hadapan orang ramai seperti jantung hendak gugur. Selalunya bila buat ‘presentation‘ di depan ramai orang yang memandang. Lebih-lebih lagi, jika perlu berucap dalam Bahasa Inggeris. Jadi, bagaimana cara meningkatkan keyakinan diri supaya boleh rasa tenang di atas pentas?
Malu meluahkan rasa suka
Ada satu lagi, di mana ada lelaki atau perempuan yang takut untuk menegur seseorang yang dia suka. Bimbang kena ‘reject‘. Frasa ‘friendzone‘ itu sangat dekat di hati dia.
Dan jangan lupa, bila kita rasa ‘down‘, kira akan rasa susah untuk bangkit kembali.
Rasa ‘down’ itu biasa
Kalau tak rasa ‘down‘, tak mencabar rasa hidup.
Dan kena ‘reject‘ bukan hanya pada persahabatan. Ia berlaku di mana-mana. Ada di rumah, ada di tempat kita belajar dan ada juga di tempat kerja.
Dan ia bukan hanya penolakan cinta atau rasa mahu dekat dengan berlainan jantina sahaja.
Di tempat kerja juga, ada kes kena ‘reject‘ Penolakan ini akan membuatkan ramai orang patah hati.
Apabila boss marah orang lain, kita juga yang kena. Macam mana tidak datang rasa ‘down‘?
Rasa takut yang semulajadi
Gementar dan gemuruh itu memang satu fitrah di dalam diri seseorang manusia.
Akan tetapi, jangan jadikan itu sebagai alasan kerana itu boleh membantutkan kejayaan kita.
Oleh itu, di sini disediakan beberapa tips untuk meningkatkan kayakinan diri supaya diri kita dapat dilihat oleh orang ramai di persada dunia.
Teruskan membaca perkongsian cara meningkatkan keyakinan diri ini di publish yang seterusnya !
Comments
Post a Comment